Tawaran Biasiswa JPA untuk Pelajar Cemerlang Lepasan SPM 2009

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan biasiswa untuk pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti dalam negara ataupun luar negara di peringkat ijazah pertama.

Bantuan biasiswa yang ditawarkan ialah:

    *
      Program Biasiswa Nasional
    *
      Program Ijazah Luar Negara (PILN)
    *
      Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)

Menurut JPA, biasiswa yang ditawarkan pada tahun ini disasarkan untuk bidang-bidang kritikal seperti perubatan, pergigian, farmasi, ubat-ubatan veterinar, kejuruteraan dan sains dan teknologi serta sains sosial yang diperlukan oleh sektor awam dan negara.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my  atau dengan menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.




p/s : Tahniah kepada kak ngah Wani kerana mendapat 11A dalam Spm, semoga apa yang dicitakan menjadi kenyataan.

3 comments:

Amirah Rashid said...

waaa
thanks fr the info!
sy tgh confuse nk jpa or mara
rmai kwn suruh jpa
ish

KP said...

semoga anda berjaya :)

NURJIA HIDAYAH said...

between jpa ngn mara mane lg bgs?
katnyer biasiswa jpa lg byk drpd mara.yekw?

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
 
Web Analytics